tagline



Tuesday, January 11, 2011

Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sarawak

Penubuhan Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sarawak telah bermula pada tahun 16.03.1963. JPAM Sarawak mempunyai pejabatnya di Persatuan Buddish Jln. Ban Hock Kuching pada tahun 1963-1967. Pada tahun 1967-1970 pentadbiran JPAM Sarawak telah berpindah ke Port Margerita. Pada 1970-1987 pentadbiran JPAM Sarawak sekali lagi berpindah ke Tkt. 6 Bangunan TDPT Hj. Bujang Jalan Simpang Tiga Kuching dan Pada 1987 sehingga sekarang JPAM Sarawak telahpun mendapat pejabatnya sendiri di Tkt. 11 Bangunan Sultan Iskandar Jalan Simpang Tiga 93300 Kuching Sarawak.

Pada Awal Penubuhan JPAM Sarawak hanya beroperasi dengan kekuatan 2 orang kakitangan iaitu Pengarah Negeri dan Pembantu Am sahaja. Tetapi sekarang JPAM Sarawak telah beroperasi dengan kekuatan 74 orang kakitangan tetap dan lebih 119 anggota sukarela yang menjadi nadi kepada kekutaan JPAM Negeri Sarawak.

Sehingga Kini JPAM Sarawak mempunyai 9 Cawangan dan 4 unit. 3 daripada Cawangan tersebut mempunyai talian Resque 999 iaitu PPAD Kuching, PPAD Sibu Dan PPAD Miri.


Sejarah Pembukaan JPAM Sarawak.
Pejabat Negeri : 16.03.1963
PPAD Kuching : 16.03.1963
PPAD Sri Aman : 16.03.1963 (Di tutup dan Di jadikan Unit pada beberapa tahun berikutnya)
PPAD Sibu : 16.03.1963
PPAD Miri : 16.03.1963
PPAD Limbang : 16.03.1963 (Di tutup Selepas Konfrantasi & Pemberontakan Di Brunei)


Senarai Pengarah JPAM Sarawak

Tuan K. Supaya : 1963-1967
Tuan Mohd Zulkifly : 1967-1994
Tuan Roslan Bin Wahab : 1994-1997
Tuan Mohd Affendi Bin Mohd : 1997-2001
Tuan Wahab Bin Abd. Rahim : 2001-2008
Tuan Hj. Che Othman Bin Hussien : 2008-2010
Tuan Mat Zin bin Bujang : 2010-sekarang

 

2 comments:

  1. bagaimana cara untuk memohon menjadi anggota sukarelawan di jpam sarawak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...